Tuesday, November 13, 2012

Percutian di Endau Beach Resort Nov 2012


Ini pandangan berhadapan Endau Beach Resort
Musim cuti sekolah telah tiba, pada masa kini pelbagai perancangan untuk mengisi ruang kekosongan  telah dibuat. Pening jugak kepala bila memikirkan ke manakah tempat percutian kali ini. Yang paling bestnya kali ini Wife aku dah confirm jadi cikgu.. oleh yang demikian maknanya cuti kali ini dia memang cuti abiss laah (gaji jalan..haha). Setelah google sana google sini, tanya kawan kawan (Thanks Im) .berbincang sesama ahli.. akhirnya kami memilih Endau Beach Resort sebagai destinasi percutian kali ini. Tahniah Endau!..hahaha.Kenapa Endau?

Pandangan sebelum pergi

1. Sewa chalet yang murah iaitu dalam RM 150 jer satu malam (kami nak sewa 3H2M)
2. Baca dalam blog orang lain kata, makan ikan bakar kat sini murah.
3. Bulan 11-12 ni musim monsoon sebenarnya kurang sesuai untuk ke pantai, tetapi mengikut bentuk muka bumi di situ dimana terlindung dengan pulau pulau lain maknanya ombak mungkin tidak kuat sangat.. chewahhhh...haha.
4. Baca review orang kata area Penyabong ni memang tempat memancing yang best (walau aku bukan kaki pancing)
5. Kat sini ada Kolam Mandi..yeahhhh...

Trivia kami bercuti:
-Pemilihan Waktu Bercuti= Ahad-Isnin-Selasa (Deepavali masa ini)
-Laluan Destinasi = Gemencheh-Jelai-Pasir Besar-Palong-Laluan ke Muazzam-Jalan ke Endau-Jalan Endau-Mersing (3 Jam perjalanan)
-3 keluarga terlibat dalam trip kali ini.
-Dah booking 4 chalet untuk bermalam.

Inilah Endau Beach Resort bila kami tiba
Kami telah sampai awal dalam 11 pagi (orang belum Check Out jadi kena la tunggu sampai pukul 1). Jadi dengan berbekalkan makanan yang di bawa kami bercadang untuk makan tengah hari di Pantai Lanun iaitu bersebelahan Endau Beach Resort ini.

HARI 1: Pantai Pasir Lanun


Untuk ke Pantai ni Jalan Denai jer muat kereta agak horror gak haha

Terdapatnya ruang bagi pengunjung-pengunjung untuk bersantai dan berpiknik di sini

Untuk bermandi paling sesuai adalah di Pantai Lanun kerana di Endau Beach Resort banyak Karang Mati. Pantai Lanun menawarkan tempat untuk berkhemah, fasiliti yang terdapat di sini adalah Tandas (banyak), Gerai Makan, Gelanggang Pasir Bola Tampar dan beberapa chalet kecil untuk bermalam.
Farah dan Batrisya (anak buah aku)

Ibunda kesayangan aku dan Ipar aku (teman gaduh).



Sedapnya makan time time lapar ni

Keadaan yang tenang dan aman di sini dengan kedatangan pengunjung yang tidak ramai, membuatkan keadaan pantai ini masih terpelihara dan lebih privasi.


Keindahan Pantai Pasir Lanun memang terbukti dengan kehadiran Pulau-Pulau di sekelilingnya.

Chalet di Endau Beach Resort

Tepat pukul 2 ptg kami check in di Pejabat Endau Resort ini so tak tau la lagi dalam resort ni macam mana best ke tak best.

Berhadapan dengan Chalet yang telah kami sewa, cuma kesian kat orang tua kalau yang sakit kaki ..sebab tangga dia agak tinggi gak.


Pandangan dari sudut hadapan chalet kami
Sekiranya ingin berehat-rehat tanpa mandi kolam, di hadapan chalet ini sahaja sudah mencukupi

secara keseluruhannya menginap di chalet ini agak selesa dengan mempunyai ruang yang agak besar di mana di dalam nya terdapat 1 Kingsize bed + 1 Personal Bed tambahan pula memang dalam setiap bilik terdapat mini peti ais memasing. Cuma terdapat kekurangan di mana

1. Cuma ada siaran TV3 sahaja.
2. Tiada Cerek Panas (tetapi boleh mintak dengan owner chalet ini).
3. Lampu warna merah jer...romantik..hahaha tiada lampu putih.
4. Lantai bilik air yang agak licin.
5. Memang tiada liputan handphone di sini ..sekiranya nak call kena turun kat parking lot baru dapat.

view dari chalet aku memang menarik sangat!. nak turun tangga tak la tinggi sangat dan rasa sangat sangat privacy.
Pada waktu malam pula pengunjung di sini boleh bersesi karaoke di lounge dia .mintak jer kat abang yang selalu basuh kolam malam malam tu.. dia ada set karaoke bergerak.haha ok rate untuk karaoke RM 2.00 per token (maknanya untuk memekak malam malam ni satu lagu jatuh 2 hinggit. huhu mahal suara ni)

Waktu malam di Endau Beach Resort, Penyabong.

Okay kali ini mari kita lihat betulkah review yang sebelum ini kata yang makanan laut kat Penyabong ini murah-murah. Bila dah malam tiada apa aktiviti yang boleh di lakukan selain makan-makan, tetapi kalaulah di takdirkan lepas ni ada umur panjang untuk pergi lagi ke sini.. aku rasa kalau bercamping di Pantai Pasir Lanun best gak! insyaallah. Baiklah.. setelah malam cuma terdapat beberapa gerai jer yang terdapat di sini iaitu betul-betul di hadapan Chalet ini (luar pagar) satu lagi kena ke luar lagi sikit iaitu di jeti. Untuk malam yang pertama ini kami mencuba makanan laut yang berdekatan di Jeti iaitu Restoran (aku lupalak nama dia .nanti aku cari). Lihat review di sini.

Tukang Makan: 8 Orang dewasa , 2 (kanak-kanak)
Menu: Nasi Putih, Sotong Katak (Sambal), Siakap Bakar, Ketam Belada (6 ekor), Tuka/Pari Kecil (sambal), Udang Bakar, Kangkung dan 2 Jag air = RM 175

Murah! ..so untuk teori sebelum ini memang betul. makanan laut kat sini memang murah.dan bukan murah sahaja masakannya juga sedap terutama lauk ketam masak sambal..memang terbaekkk!!. sorry la tak sempat ambik gambar.. sebab memang dah lapar sangat dan tak sabar sabar nak makan..

HARI 2: Jalan-jalan di sekitar Penyabong -Mersing

Untuk hari kedua kami bercadang untuk jalan-jalan ke Mersing (walaupun tak tau Mersing ada apa). Sampai ke Mersing kami ke jalan Jeti bagi membeli keropok-keropok hasil barangan laut tempatan, agak murah dan kelihatan bersih. Untuk makan tengah hari kami pergi ke tempat yang telah dicadangkan oleh adik kat kedai keropok tu ..tapi sayang nya restoran kat situ agak Fail sebab makanan dia banyak manis-manis (orang Kelantan rasanya), jadi kepada yang tekak orang Negeri ni agak muak sebab semua masakannya tambah gula ( Mak aku cakap orang Johor pun kalau masak Sambal taruk gula, wallahualam!).

Pantai Air Papan

Angin kat Pantai Air Papan memang kuat sangat memang sesuai untuk bermain Layang-layang, harga Layang-Layang ini RM 19 + RM 4 (utk tali)
Orang cakap Pantai Air Papan ni tempat selalu pengunjung mandi. memang Pantai ini cantik dan Landai lagi satu angin kat sini agak kuat ..dan apa lagi.. sesuai lah untuk bermain layang layang. Aku ada terbaca kat blog memana yang kata Pantai Air Papan ini dah banyak makan nyawa.. tapi tak tau la .sebab bila aku sampai tengok orang lain mandi macam biasa , cuma ada papan tanda yang menunjukkan kat mana kawasan-kawasan yang sesuai / tidak sesuai untuk mandi.

Bini aku ni dah nampak apa yang aku cuba elakkan sebelum ini-Shopping!

Mak aku pun dah nampak apa yang bini aku nampak! Gembira semacam jer tu.

Ini yang mereka nampak! Pui!! kedai-kedai yang menjual baju-baju dan cenderahati. Aku nampak kedai jual Layang-layang jer.haha

Perempuan kalau bershopping dah macam kerja kat Bursa Saham, harga boleh sekejap jer jatuh, itulah kelebihan perempuan (Eleh beli banyak boleh laa)


Design memang cantik-cantik dan agak creative kat sini, tak macam design biasa kita pergi kat mana-mana percutian yang biasa sahaja

Baju kat sini kena pandai tawar menawar.. lebih banyak membeli .lebih banyak harga di turunkan, oleh itu tips dia.jgn pergi asing asing semasa membeli belah di sini, beli sekali satu group. Secara kasarnya purata baju disini boleh dapat dalam harga RM 21-27 .

Pulang ke Penyabong Semula



1 comment: